NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Berita Auto

12,692 Unit Berjaya Dijual Proton pada April 2025 – Jualan Menurun, e.MAS 7 Masih EV Paling Laris

12,692 Unit Berjaya Dijual Proton pada April 2025 – Jualan Menurun, e.MAS 7 Masih EV Paling Laris

Prestasi jualan bulan April telah diumumkan oleh Proton dengan penjualannya mencapai 12,692 unit kenderaan (domestik & eksport) dan masih berjaya mengukuhkan kedudukan mereka di tempat kedua bagi jualan kenderaan di Malaysia. Sedikit menurun berbanding dengan jumlah jualan pada Mac iaitu sebanyak 13,918 unit. Namun, jualan keseluruhan bagi empat bulan pertama tahun ini telah merekodkan sebanyak 47,760 unit berjaya dijual […]

Penjual Kereta di Jerman Tingkatkan Diskaun EV – Pakar

Penjual Kereta di Jerman Tingkatkan Diskaun EV – Pakar

Penjual kenderaan di Jerman menawarkan diskaun lebih besar bagi kenderaan elektrik (EV) pada April, dengan purata potongan mencecah 16.7 peratus  peningkatan sebanyak 1.8 mata peratusan berbanding bulan sebelumnya, menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa). Pakar ekonomi automotif, Ferdinand Dudenhoffer, menyatakan bahawa sejak Januari, insentif harga untuk EV telah meningkat tiga mata peratusan, yang bersamaan dengan […]

Kilang Tayar Continental di Alor Setar Tutup kerana Lokasi Tidak Sesuai?

Kilang Tayar Continental di Alor Setar Tutup kerana Lokasi Tidak Sesuai?

Susulan dengan pengumuman penutupan kilang tayar Continental di Alor Setar, Kedah baru-baru ini, difahamkan keputusan itu dibuat berdasarkan hasil semakan strategik operasi syarikat di peringkat global dan rantau Asia Pasifik, bukan kerana lokasinya yang tidak sesuai. Menurut EXCO Industri dan Pelaburan negeri, Dr Haim Hilman Abdullah, untuk mengoptimumkan portfolio produk dan penyesuaian kepada perubahan pasaran, […]

Pengeluar Kereta Jepun Guna Teknologi Terkini dari China Untuk Kembali Bersaing

Pengeluar Kereta Jepun Guna Teknologi Terkini dari China Untuk Kembali Bersaing

Pengeluar kereta Jepun merancang untuk menggunakan teknologi terkini dari China dalam kenderaan mereka, seperti yang diumumkan di Shanghai Auto Show. Mereka berharap langkah ini dapat membantu mereka kembali bersaing di pasaran China, di mana kenderaan elektrik (EV) kini semakin mendapat sambutan. Toyota baru-baru ini mengumumkan bahawa model EV terbarunya, bZ7, akan menggunakan sistem operasi daripada […]

Kilang Tayar Continental di Alor Setar Bakal Tutup Akhir Tahun Ini, 950 Pekerja Bakal Terjejas

Kilang Tayar Continental di Alor Setar Bakal Tutup Akhir Tahun Ini, 950 Pekerja Bakal Terjejas

Continental telah memutuskan untuk menghentikan operasi pembuatan tayar di kilangnya di Alor Setar, Kedah menjelang akhir tahun 2025. Kilang ini kini menghasilkan tayar untuk kereta penumpang, trak ringan dan motosikal bagi pasaran Asia-Pasifik. Menurut Continental, keputusan ini dibuat selepas kajian menyeluruh tentang strategi perniagaannya bagi memastikan syarikat kekal berdaya saing di rantau tersebut. Syarikat ini […]

Isuzu Malaysia Sambut CEO Baharu, Tomoyuki Yamaguchi

Isuzu Malaysia Sambut CEO Baharu, Tomoyuki Yamaguchi

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Isuzu Malaysia, Encik Tomoyuki Yamaguchi, akan memberi tumpuan kepada penambahbaikan rangkaian pengedar, meningkatkan kualiti perkhidmatan, dan memastikan bekalan alat ganti sentiasa mencukupi. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan Isuzu. Encik Yamaguchi mula memegang jawatan sebagai CEO pada 24 April 2025, menggantikan Encik Shunsuke Okazoe yang telah kembali ke […]

UMW Toyota Kerjasama Bersama MOT – Serah 3 Kenderaan Hibrid, 2 Kenderaan Elektrik (EV)

UMW Toyota Kerjasama Bersama MOT – Serah 3 Kenderaan Hibrid, 2 Kenderaan Elektrik (EV)

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sedang mengambil langkah besar untuk menyokong peralihan Malaysia ke arah pengangkutan yang lebih bersih dengan bekerjasama rapat bersama Kementerian Pengangkutan (MOT). Sebagai sokongan kepada matlamat rendah karbon kerajaan, UMWT telah menyerahkan beberapa kenderaan elektrik kepada kementerian. Usaha ini menggabungkan teknologi automotif terkini dengan perancangan sektor awam. Kenderaan yang diberikan […]

PERODUA Diramal Terus Dominasi Pasaran Automotif Tempatan

PERODUA Diramal Terus Dominasi Pasaran Automotif Tempatan

Syarikat automotif Kedua Sdn Bhd (PERODUA) diramal terus mengukuhkan penguasaan dalam industri automotif negara pada tahun 2025, didorong oleh sentimen pembelian yang positif hasil daripada penangguhan pelaksanaan peraturan cukai kenderaan baharu sehingga penghujung 2025. Menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB), PERODUA dijangka menguasai sehingga 44 peratus bahagian pasaran industri, disokong oleh kadar penghasilan tempatan […]

Chery Omoda 7 – SUV Sporty dengan Enjin 1.5 TGDi PHEV dan Ciri Interior Unik

Chery Omoda 7 – SUV Sporty dengan Enjin 1.5 TGDi PHEV dan Ciri Interior Unik

Chery baru-baru ini melancarkan Omoda 7 di bandar asalnya, Wuhu, China. Sebagai “abang” kepada model Omoda 5 yang popular, Omoda 7 digambarkan sebagai SUV sporty jenis coupe yang mempunyai daya tarikan yang luas. Ia menggabungkan tiga elemen rekaan utama: dinamik, avant-garde, dan futuristik. Reka bentuk Omoda 7 memang menarik perhatian. Shark nose dengan parametric grille […]

Beli Kereta Baharu, Rupanya Kereta Sendiri Yang Pernah Dicuri

Beli Kereta Baharu, Rupanya Kereta Sendiri Yang Pernah Dicuri

Honda Civic yang baharu dibeli Ewan rupanya kereta miliknya yang hilang Februari lalu. Seorang lelaki di London, United Kingdom terkejut apabila kereta baharu yang dibeli rupanya kereta miliknya yang hilang dicuri kira-kira dua bulan lalu. Ewan Valentine, 36, menyedari perkara itu selepas membeli sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam dengan harga 20,000 pound sterling (RM116,474). […]

Pilih Jenama Kereta

2.7 Million+ Followers & Readers
© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
Privacy Policy Cookie Policy