NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Berita Auto

Proton e.MAS Pikat Pemandu Wanita Menerusi Edisi Zoom To Bloom

Proton e.MAS Pikat Pemandu Wanita Menerusi Edisi Zoom To Bloom

Jenama kenderaan elektrik (EV) nasional, Proton e.MAS, sekali lagi tampil memperkasakan golongan wanita melalui penganjuran sesi pandu uji media The Real e.MAS Drive 2026. Memasuki edisi kedua sempena Bulan Kesihatan Wanita, acara kali ini membawa tema Zoom to Bloom yang memfokuskan kepada gaya hidup sihat, elemen kreativiti, serta kepraktisan pemanduan EV dalam rutin harian masyarakat. […]

Pembeli Serbu Kereta Nasional Mampu Milik, Jualan April Melonjak Naik

Pembeli Serbu Kereta Nasional Mampu Milik, Jualan April Melonjak Naik

Pasaran automotif tempatan mencatatkan momentum luar biasa pada April lalu apabila Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) melonjak 14 peratus bulan ke bulan kepada 72,113 unit. Pertumbuhan drastik ini didorong oleh tindakan pengeluar yang rancak menyelesaikan lambakan tempahan tertunggak selepas operasi kilang kembali normal pasca-perayaan Aidilfitri. Menariknya, pasaran ketika ini jelas diterajui oleh jenama kenderaan nasional, membuktikan […]

Zeekr Terajui Pasaran Jenama EV Premium No.1 Di Malaysia

Zeekr Terajui Pasaran Jenama EV Premium No.1 Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Lanskap automotif kenderaan tenaga baharu (NEV) di negara ini baru sahaja menyaksikan satu peralihan kuasa yang cukup bersejarah. Jenama yang dahulunya bermula sebagai pencabar baharu dalam arena elektrifikasi, kini telah melangkah ke hadapan untuk mendominasi carta jualan. Zeekr secara rasminya telah menerajui pasaran dan dinobatkan sebagai jenama kenderaan elektrik (EV) premium nombor […]

Keuntungan Tahunan Jaguar Land Rover Junam 99 Peratus Akibat Tarif AS Dan Serangan Siber

Keuntungan Tahunan Jaguar Land Rover Junam 99 Peratus Akibat Tarif AS Dan Serangan Siber

Jaguar Land Rover (JLR) mencatatkan kejatuhan keuntungan tahunan yang amat ketara, mencecah lebih 99 peratus akibat impak pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS) serta serangan siber yang menjejaskan operasi kilangnya selama berbulan-bulan. Pengeluar kenderaan terbesar Britain itu sekadar meraih keuntungan sebelum cukai sebanyak £14 juta bagi tahun kewangan berakhir Mac, merosot mendadak berbanding £2.5 bilion yang […]

BYD Perkukuh Dominasi Utara, Jadikan Pulau Pinang Hab Utama EV

BYD Perkukuh Dominasi Utara, Jadikan Pulau Pinang Hab Utama EV

GEORGE TOWN – Pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan luar biasa dengan pelancaran rasmi BYD Mansion Macalister, sebuah pusat pameran perdana yang unik hasil kerjasama strategik antara BYD Malaysia dan Sime Motors. Majlis perasmian ini disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow, serta turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Tempatan […]

Perodua Sasar Keluaran Tempatan Model Ativa Hibrid

Perodua Sasar Keluaran Tempatan Model Ativa Hibrid

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mengesahkan perancangan untuk memasang model Ativa hibrid secara tempatan (CKD). Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, memaklumkan syarikat kini sedang memuktamadkan butiran penting termasuk tempoh pengeluaran dan penetapan harga sebelum pengumuman rasmi dibuat. Langkah ini memperlihatkan komitmen PERODUA dalam memacu teknologi hijau di Malaysia. “Sebaik […]

Peralihan Trak EV: Kerajaan Pertimbang Insentif Cukai Dan Pembangunan Ekosistem

Peralihan Trak EV: Kerajaan Pertimbang Insentif Cukai Dan Pembangunan Ekosistem

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, menegaskan bahawa peralihan kepada trak elektrik (EV) dalam sektor komersial memerlukan sokongan insentif kerajaan dan pembangunan ekosistem yang menyeluruh, terutama kemudahan pengecasan. Beliau mengakui penggunaan trak EV di Malaysia masih rendah kerana kos pembeliannya mencecah dua hingga tiga kali ganda lebih mahal berbanding trak diesel konvensional. “Memang hakikatnya pada hari […]

Proton e.MAS 7 PHEV ‘Tapau’ Pasaran: 20,000 Unit Di Jalanan, Pesaing Mula Berpeluh?

Proton e.MAS 7 PHEV ‘Tapau’ Pasaran: 20,000 Unit Di Jalanan, Pesaing Mula Berpeluh?

SUBANG JAYA – Jika ada pihak yang masih ragu-ragu dengan kemampuan jenama nasional untuk mendominasi era mobiliti baharu, data terbaharu daripada PRO-NET ini adalah jawapan yang cukup untuk “menutup mulut” para pengkritik. Proton e.MAS 7 PHEV Malaysia kini bukan lagi sekadar pesaing dalam segmen Plug-in Hybrid, sebaliknya ia telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju mutlak pasaran […]

Porsche Tutup Tiga Anak Syarikat, 500 Kakitangan Bakal Hilang Kerja

Porsche Tutup Tiga Anak Syarikat, 500 Kakitangan Bakal Hilang Kerja

Gergasi automotif Jerman, Porsche AG, telah mengumumkan penutupan tiga anak syarikat utamanya sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan semula drastik bagi mengembalikan tumpuan syarikat kepada perniagaan teras. Keputusan strategik ini melibatkan penutupan unit pakar bateri Cellforce Group GmbH, pembuat sistem basikal elektrik Porsche eBike Performance GmbH, serta firma pembangunan perisian Cetitec GmbH. Langkah ini dijangka akan […]

Pasang EV Secara Tempatan Atau Tinggalkan Pasaran Malaysia – BIMB Securities

Pasang EV Secara Tempatan Atau Tinggalkan Pasaran Malaysia – BIMB Securities

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) asing kini berdepan dengan pilihan yang semakin sukar sama ada untuk mempercepatkan proses pemasangan tempatan (CKD) atau menarik diri daripada persaingan pasaran massa di Malaysia. Menurut nota penyelidikan daripada BIMB Securities, langkah ini susulan syarat import baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang bakal berkuat kuasa mulai […]

Pilih Jenama Kereta

2.7 Million+ Followers & Readers
© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
Privacy Policy Cookie Policy