passionately driven

EV

Xiaomi SU7 Tidak Boleh Dibaiki, Rosak Selepas Pandu 39 KM

Sejak Xiaomi mula menghantar kereta pertamanya, SU7 pada 3 April, banyak isu dan laporan berkenaan kemalangan yang melibatkan kereta elektrik terbabit. Terbaharu, SU7 ini didapati rosak selepas dipandu hanya sejauh 39 kilometer. Pemilik telah menghantar kenderaan terbabit ke pusat servis untuk mengetahui punca kerosakan, namun EV tersebut telah dipulangkan kembali ke kilang untuk analisis penuh […]

Panggilan Semula Porsche Taycan – Isu Bateri Mudah Terbakar

Porsche telah membuat panggilan semula untuk beberapa ribu model Taycan elektriknya kerana baterinya yang berisiko untuk mudah terbakar pada Khamis. Menurut seorang jurucakap, sel yang rosak dalam sesetengah bateri boleh mengalami litar pintas lalu terbakar. Pada mulanya, 858 unit Taycan telah dikenal pasti dan ditarik kembali pada bulan Januari namun setelah syarikat tersebut membuat pemeriksaan […]

Kia EV9 Kini Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula dari RM370,000

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd telah melancarkan sebuah model Kia EV9 2024 dan mengumumkan harga rasmi di Saujana Hotel, Kuala Lumpur. Dua varian telah ditawarkan bagi model ini iaitu GT Line enam-tempat duduk dan GT Line tujuh-tempat duduk. Ia didatangkan dengan spesifikasi dwi motor elektrik yang menyalurkan kuasa ke gandar hadapan dan belakang dan transmisi e-Shift […]

Geely Galaxy L7 PHEV Dipamerkan Semasa Beijing Autoshow 2024 – Berasaskan Dari SUV Boyue L

Galaxy L7 hibrid plug-in telah dipamerkan di Beijing Autoshow 2024 dan memberikan gambaran kepada apa yang mungkin menjadi Proton X70 generasi seterusnya. Ia merupakan sebahagian daripada sub-jenama tenaga baru Geely dan berfungsi dengan sistem hibrid plug-in NordThor BHE15 Plus, yang mempunyai enjin empat silinder turbo Atkinson-cycle bersama dengan motor elektrik dan transmisi hibrid, memberikan jumlah […]

Mazda EZ-6 Diperkenalkan Semasa Beijing Autoshow 2024 – Hadir dalam Versi EV, PHEV

Perkenalkan Mazda EZ-6, sebuah sedan baharu yang muncul daripada kerjasama Mazda dengan Changan, yang direka untuk menggantikan Mazda 6 khasnya di China, tanpa sebarang pengesahan untuk pasaran lain pada masa ini. EZ-6, walaupun dibina atas asas yang sama dengan Deepal SL03 EV milik Changan, menampilkan ciri-ciri reka bentuk yang berbeza. Ciri-ciri menarik termasuk gril yang […]

Tesla Malaysia Tawar Potongan Harga Sehingga RM8,000

Baru-baru ini Tesla Malaysia baru sahaja mula menawarkan Tesla Model 3 Performance yang telah dikemas kini dan hari ini syarikat itu telah mengumumkan penurunan harga sehingga RM8,000 untuk kesemua model yang ditawarkan ke dalam pasaran Malaysia. Bagi model pertama iaitu Tesla Model Y yang telah dilancarkan pada 20 Julai 2023 telah menyaksikan penurunan harga sebanyak […]

Tesla Turun Harga Lagi Kerana Jualan Global Menurun?

Selepas pemotongan harga di Amerika Syarikat, Tesla telah menurunkan lagi harga jualannya baru-baru ini di beberapa pasaran utamanya termasuk di China dan Jerman setelah bergelut dengan perang harga bagi kenderaan elektrik (EV) dari China. Memetik dari laporan Reuters, pemotongan harga berlaku setelah penghantaran kenderaan global Tesla pada suku pertama jatuh buat kali pertama dalam tempoh […]

smart #3 Bakal Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi?

Sempena Program KL Car Free Morning, smart Malaysia telah membawa model EV kedua mereka iaitu smart #3 kepada umum dalam pelekat penyamaran, tanpa sebarang perincian rasmi. Sama seperti smart #1 yang telah dilancarkan ke pasaran Malaysia pada akhir tahun lalu, smart #3 ini telah direka oleh Mercedes-Benz dan kemudian dibina oleh Geely menggunakan platform Sustainable […]

Pilih Jenama Kereta

© 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD