NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kemalangan

Treler Terbalik dan Melintang di Terowong Menora, Trafik Sesak Arah Utara

Treler Terbalik dan Melintang di Terowong Menora, Trafik Sesak Arah Utara

Sebuah treler dilaporkan terbalik dan melintang di Kilometer 263.4 Lebuh Raya Utara–Selatan (arah utara) antara Ipoh (Utara) dan Terowong Menora pagi tadi. Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kemalangan itu menyebabkan lorong tengah dan kanan terhalang, sekali gus menjejaskan aliran trafik di kawasan berkenaan. “Pada jam 9.45 pagi, terdapat kemalangan di KM263.4 arah utara dari Ipoh […]

Gadis Dilapor Hilang Ditemui Maut Dalam Kereta di Parkir Pusat Beli-Belah

Gadis Dilapor Hilang Ditemui Maut Dalam Kereta di Parkir Pusat Beli-Belah

KUCHING, — Misteri kehilangan seorang wanita di Tabuan Jaya sejak Sabtu lalu akhirnya terungkai apabila dia ditemui tidak bernyawa di dalam keretanya yang diparkir di kawasan tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di sini. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan mayat wanita […]

Bertembung Dengan Lori Tangki, Dua Beradik Maut

Bertembung Dengan Lori Tangki, Dua Beradik Maut

Dua beradik lelaki maut selepas kereta Perodua Axia yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tangki membawa muatan minyak di Jalan Majau, Kampung Majau berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Majau, tengah hari semalam. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.31 tengah hari. Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat […]

Diculik dan Ditinggal di Tepi Jalan: Pemandu Treler Diikat, Mata Ditutup, Dilarikan 34km

Diculik dan Ditinggal di Tepi Jalan: Pemandu Treler Diikat, Mata Ditutup, Dilarikan 34km

Seorang pemandu treler berusia 37 tahun berdepan detik cemas apabila dilarikan tiga lelaki sejauh kira-kira 34 kilometer dari Bentong ke Raub, sebelum ditemui dalam keadaan terikat dan mata ditutup di tepi jalan pada Jumaat malam. Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11.30 malam apabila seorang lelaki terdengar […]

11 Kemalangan Kecil Dilaporkan Sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN, Dua Anggota Trafik Cedera

11 Kemalangan Kecil Dilaporkan Sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN, Dua Anggota Trafik Cedera

Sebanyak 11 kemalangan kecil dilaporkan sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, membabitkan kenderaan membawa tetamu kenamaan serta pasukan pengiring polis trafik. Dua anggota dilaporkan cedera ketika menjalankan tugas. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kedua-dua anggota berkenaan kini stabil dan sedang menjalani rawatan pemulihan selepas […]

Dua Maut, Lima Cedera Parah Dalam Pertembungan

Dua Maut, Lima Cedera Parah Dalam Pertembungan

Dua lelaki termasuk seorang warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 18, Jalan Mawai-Kuala Sedili, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 1.15 tengah hari. Menurutnya, nahas melibatkan sebuah Proton Waja dipandu warga emas berusia 71 tahun dan sebuah Perodua Alza […]

Bomba Selamatkan Pemandu Tersepit Dalam Parit, Nyaris Lemas

Bomba Selamatkan Pemandu Tersepit Dalam Parit, Nyaris Lemas

Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang tersepit selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam parit di Jalan Ladang Victoria, Pulau Pinang, pagi Khamis. Penolong Pengarah Operasi JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, panggilan kecemasan diterima sekitar jam 10.07 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal dikerahkan ke […]

Bayi 11 Bulan Maut Dalam Pelukan Ibu, Kereta Keluarga Langgar Sekumpulan Lembu di Bera

Bayi 11 Bulan Maut Dalam Pelukan Ibu, Kereta Keluarga Langgar Sekumpulan Lembu di Bera

Perjalanan sebuah keluarga muda bertukar pilu apabila bayi perempuan mereka yang baru berusia 11 bulan maut selepas kereta dipandu si bapa melanggar sekumpulan lembu di Kilometer 49 Jalan Kerayong–Simpang Kepayang, malam tadi. Dalam kejadian sekitar jam 9.40 malam itu, keluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang dari arah Kepayang menuju ke Kerayong sebelum sekumpulan lembu tiba-tiba […]

Anggota Polis Maut, Rempuh Treler Ketika Dalam Perjalanan ke Tempat Kerja di Parit Jawa

Anggota Polis Maut, Rempuh Treler Ketika Dalam Perjalanan ke Tempat Kerja di Parit Jawa

Seorang anggota polis maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler di Jalan Parit Kangkong, Parit Jawa, pagi semalam. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kemalangan yang berlaku sekitar jam 6.30 pagi itu meragut nyawa Sarjan Ishak Abdul Kadir, 55 tahun, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah […]

Isteri Hamil Maut Dalam Kemalangan, Suami Menyusul Selepas Beberapa Hari Keluar Hospital

Isteri Hamil Maut Dalam Kemalangan, Suami Menyusul Selepas Beberapa Hari Keluar Hospital

Kegembiraan sebuah keluarga kecil di Machang, Kelantan bertukar menjadi pilu apabila kemalangan tragis pada 19 Oktober lalu meragut nyawa seorang wanita hamil, sebelum suaminya pula meninggal dunia beberapa hari kemudian. Kejadian berlaku di kawasan Perumahan PPR Bukit Belah, melibatkan dua kenderaan  Toyota Vios dan Proton Exora. Mangsa, Farah, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas […]

Pilih Jenama Kereta

2.7 Million+ Followers & Readers
© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
Privacy Policy Cookie Policy