NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Facelift

Kia Carnival Baharu Dilancarkan Di Malaysia, Ditawarkan Dalam Dua Varian CKD Bermula RM188,888

Kia Carnival Baharu Dilancarkan Di Malaysia, Ditawarkan Dalam Dua Varian CKD Bermula RM188,888

KUALA LUMPUR, 15 Januari 2026 – Kia Sales Malaysia (KSM) hari ini melancarkan Kia Carnival Baharu, model pertama diperkenalkan selepas penubuhan KSM sebagai Syarikat Jualan Negara bagi jenama Kia di Malaysia. Model MPV besar ini menerima kemas kini dari segi rekaan luaran dan dalaman, selain penambahbaikan teknologi serta kelengkapan keselamatan, bagi mengekalkan kedudukannya dalam segmen […]

Proton X70 MC3, X90 MC dan S70 MC Sah Akan Guna Enjin 1.5L i-GT Turbo Empat Silinder

Proton X70 MC3, X90 MC dan S70 MC Sah Akan Guna Enjin 1.5L i-GT Turbo Empat Silinder

PROTON mengesahkan model facelift bagi X70 MC3, X90 MC dan S70 MC bakal dilengkapi enjin 1.5 liter i-GT turbo empat silinder, sama seperti yang digunakan pada Proton X50 facelift. Pengesahan itu didedahkan semasa Proton Tech Showcase yang berlangsung hari ini di Centre of Excellence Proton, Shah Alam. Fokus pendedahan kali ini tertumpu kepada barisan model […]

Proton eMas 7 PHEV Telah Diperkenalkan, Bahagian Luar Dipamerkan, Anggaran Harga Sekitar RM130k

Proton eMas 7 PHEV Telah Diperkenalkan, Bahagian Luar Dipamerkan, Anggaran Harga Sekitar RM130k

Proton buat pertama kali mempertontonkan eMas 7 PHEV di Proton Tech Showcase, Subang Jaya. Walaupun masih dibalut pelekat penyamaran, unit tersebut sudah dalam konfigurasi pemanduan sebelah kanan dan kelihatan hampir siap untuk produksi. Model ini berasaskan Geely Starship 7/Starray EM-i, dengan rekaan luaran yang hampir sama kecuali pertukaran logo Proton. Ia menggunakan rangkaian kuasa plug-in […]

Perodua Nexis: SUV Baharu Yang Bakal Cabar Proton X50?

Perodua Nexis: SUV Baharu Yang Bakal Cabar Proton X50?

Selepas kejayaan Ativa, Perodua kini bersedia memperkenalkan satu lagi SUV baharu yang dikatakan bakal dinamakan Perodua Nexis. Model ini dijangka menjadi SUV segmen B paling mampu milik di Malaysia, dengan pelancaran dijadualkan sekitar Disember 2025. Menurut Nazz Abdullah, pengasas NAZZ & CO Media, kemunculan Nexis bakal menjadi langkah strategik Perodua dalam memperkukuh posisi mereka di […]

Hyundai Staria Pemasangan Tempatan (CKD) Mula Dijual Secara Rasmi – Harga Kekal Sama Bermula RM180k

Hyundai Staria Pemasangan Tempatan (CKD) Mula Dijual Secara Rasmi – Harga Kekal Sama Bermula RM180k

Hyundai Motor Malaysia (HMY) secara rasmi mengumumkan pelancaran jualan bagi model pemasangan tempatan pertama mereka, Hyundai Staria, sekali gus menandakan satu detik penting dalam perjalanan jenama itu di Malaysia. Selepas pelancaran rasminya pada Julai lalu, pelanggan di seluruh negara kini boleh memiliki Staria yang dipasang secara tempatan bersama rakan kongsi pemasangan Hyundai, Inokom Corporation Sdn Bhd […]

Chery O5 Kini Dilancarkan di Malaysia – Facelift Omoda 5, DCT, Varian Tunggal, Harga RM117k

Chery O5 Kini Dilancarkan di Malaysia – Facelift Omoda 5, DCT, Varian Tunggal, Harga RM117k

Chery Malaysia telah melancarkan model Chery O5, versi facelift kepada Omoda 5 ke dalam pasaran Malaysia. Model ini hadir sebagai satu varian tunggal yang lebih diperkemas dari segi rupa, teknikal dan pakej selepas jualan dengan tanda harga diletakkan pada RM116,800 (atas jalan tanpa insurans). Model ini sebelum ini dikenali sebagai OMODA 5 dan berjaya mencatatkan lebih […]

Proton Iriz Tamatkan Perjalanan Selepas 11 Tahun di Pasaran

Proton Iriz Tamatkan Perjalanan Selepas 11 Tahun di Pasaran

Proton secara rasmi menghentikan pengeluaran model hatchback popularnya, Proton Iriz, pada 9 September lalu. Model segmen-B yang mula diperkenalkan pada tahun 2014 itu kini menutup tirai selepas lebih sedekad menjadi pilihan pengguna tempatan. Iriz pada awalnya dilancarkan dengan misi besar – menjadi pencabar kepada hatchback popular import serta membuktikan kemampuan Proton dalam menghasilkan kereta kompak […]

Tempahan Volvo XC60 Facelift 2026 Kini Dibuka – 2 Varian, Anggaran Harga Bermula RM334k

Tempahan Volvo XC60 Facelift 2026 Kini Dibuka – 2 Varian, Anggaran Harga Bermula RM334k

Selepas melancarkan model utama EX90 dan XC90 pada April lalu, Volvo Car Malaysia kini memperkenalkan XC60 Facelift, dengan rekaan yang lebih segar, sistem suspensi udara Volvo, serta teknologi pintar terkini. Sejak diperkenalkan, XC60 telah terjual hampir 2.7 juta unit di seluruh dunia dan lebih 6,200 unit di Malaysia, menjadikannya antara SUV pilihan keluarga tempatan kerana […]

Pilih Jenama Kereta

2.7 Million+ Followers & Readers
© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
Privacy Policy Cookie Policy