Berikutan dengan isu penyelewengan prosedur dan ujian keselamatan pada minggu lepas, Daihatsu telah mengumumkan akan menangguhkan produksi semua kilang-kilang di Jepun serta pasaran luar negara. Namun begitu, isu ini sekali lagi timbul apabila 64 model terbabit dan antaranya terdapat beberapa model di bawah Toyota.

Semua penghantaran ke Indonesia dan Malaysia juga telah dihentikan oleh Daihatsu pada minggu lepas, namun terdapat sedikit perubahan yang baru diumumkan berhubung dengan keputusan berkenaan. Bagi Indonesia, penghantaran telah disambung semula pada hujung minggu lalu kerana pihak berkuasa republik telah memeriksa dan mengesahkan keselamatan model-model terbabit.
Menurut Reuters, produksi bagi kenderaan Perodua di Malaysia telah diteruskan kembali selepas mendapat pelepasan kawal selia oleh Daihatsu sendiri. Kyodo News turut melaporkan perkara yang sama tetapi satu hal yang masih tidak diketahui adalah sama ada penghantaran kepada pelanggan masih akan diteruskan seperti biasa ataupun tidak.

Belum ada kenyataan rasmi lagi dari Perodua semenjak kenyataan media pada minggu lepas, namun dijangkakan Perodua akan mengemas kini tindakan dan kenyataan mereka secepat yang mungkin. Daihatsu juga telah mengumumkan bahawa produksi bagi kenderaan di Jepun akan ditangguhkan sekurang-kurangnya sehingga akhir Januari 2024.
Sumber : Reuters, Kyodo News, Paultan
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?