Batal Tempahan Kenderaan Perodua – Berikutan Isu Penyelewengan Daihatsu

Isu penyelewengan prosedur dan ujian keselamatan Daihatsu pada minggu lepas telah memberi kesan yang besar kepada model-model yang terlibat iaitu Perodua dan Toyota. Walaupun Perodua dan Toyota telah memberi maklum balas berkenaan isu ini, ia masih tidak dapat mengembalikan kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap model-model yang telah diproduksi oleh mereka.

Tinjauan kami mendapati bahawa terdapat beberapa pengguna yang membatalkan tempahan kenderaan Perodua pada saat akhir disebabkan isu penyelewengan Daihatsu ini. Menurut salah seorang pengikut kami di laman sosial media, beliau telah membatalkan niat untuk membeli Perodua Ativa dan telah beralih kepada jenama kereta yang lain.

Walaupun perjanjian telah ditandatangani dan hanya menunggu masa untuk menerima kereta itu, pengikut ini telah membaca dan membuat kajian untuk menukar pilihannya pada saat akhir. Tambahnya lagi, dia turut meluahkan rasa kecewanya terhadap Perodua kerana tidak mengambil langkah yang lebih proaktif dan efisien untuk mengatasi isu yang sedang terjadi ini.


“Aku dah cancel beli ativa.. walaupun dah sign agreement n tunggu kete je.. cancel tetap cancel. Bertukar ke Proton. Pilihan yang lebih bijak for sure. Nasib la aku pandai sikit nak mengkaji n membaca. Perodua kalau terus buat bodoh isu ni mmg xtau nak cakap ape la..”

~ Salah seorang pengikut di Facebook

“Saya dah cancel beli alza. walaupon dah sign agreement dgn bank semua. Nasib saya dpt info sikit bab ni sbb isu ni takleh buat main. saya akan cari kereta brand lain dalam masa terdekat ni. demi keselamatan family sy. bye2 perodua”

~ Salah seorang pengikut di Instagram


Selain itu, produksi bagi kenderaan Perodua di Malaysia juga telah disambung semula selepas mendapat pelepasan kawal selia oleh Daihatsu sendiri. Namun masih tidak diketahui bahawa penghantaran kepada pelanggan masih akan diteruskan seperti biasa atau pun tidak.

 

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD