Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang didapati menggunakan kenderaan mikromobiliti seperti skuter elektrik di atas jalan raya.
Timbalan Pengarah Khairul Aswad Abdul Halim berkata pihak jabatan menyedari tentang satu video tular berdurasi 18 saat yang menunjukkan tiga individu menunggang skuter elektrik di jalan awam.
Beliau menegaskan bahawa perbuatan ini adalah salah di sisi undang-undang dan membahayakan penunggang serta pengguna jalan raya yang lain.
Mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, sesiapa yang menggunakan kenderaan yang tidak dibenarkan di jalan awam boleh didakwa. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM1,000, dipenjara hingga tiga bulan, atau kedua-duanya sekali.
Beliau menjelaskan bahawa penggunaan kenderaan mikromobiliti seperti skuter elektrik, papan luncur elektrik, monowheel, Segway, dan basikal elektrik yang tidak diluluskan adalah dilarang di jalan raya mengikut Perintah Larangan Penggunaan Kenderaan Jalan (Pindaan) 2021 yang berkuat kuasa sejak 17 Disember 2021.
Menurut laporan Bernama, kenderaan mikromobiliti ini hanya dibenarkan di kawasan tertentu seperti taman rekreasi, lorong khas, atau premis persendirian dan bukannya di jalan raya awam.
Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak mereka, terutamanya dengan peningkatan penggunaan kenderaan mikromobiliti ini.
Sebarang pelanggaran peraturan boleh dilaporkan kepada JPJ atau pihak berkuasa terdekat untuk tindakan lanjut.
Video tular di TikTok itu menunjukkan tiga individu menunggang skuter elektrik dipercayai di kawasan lampu isyarat berhampiran Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin di Bachang, semalam.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?