Insiden kebocoran paip gas milik PETRONAS Gas Bhd (PGB) di tapak projek ECRL Seksyen 5, Kerteh Sabtu lepas disahkan tidak akan menjejaskan kelancaran projek mega tersebut.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata tindakan pantas telah diambil. Bekalan gas terus ditutup sebaik kebocoran dikesan, diikuti kerja-kerja pembaikan segera oleh pihak terlibat.
“Kalau ada paip gas bocor, biasanya tak meletup. Ia berbeza dengan kes Putra Heights. Tindakan awal tutup bekalan dah dibuat, lepas tu terus baiki,” jelasnya selepas merasmikan Program Transformasi Perkhidmatan BAS.MY Kuala Terengganu di Pasar Payang.
Sabtu lalu, polis sempat menutup jalan utama Kerteh-Ranggon demi keselamatan pengguna jalan raya. Kini, insiden ini sedang disiasat beberapa agensi termasuk SIRIM, NIOSH dan pihak berkuasa berkaitan.
MRL sudah pun menghantar laporan penuh kepada Kementerian, manakala PETRONAS diberi tanggungjawab untuk kerja baik pulih. Bagaimanapun, punca sebenar kebocoran masih menunggu laporan rasmi.
Loke yakin isu ini dapat diselesaikan segera dan tidak akan mengganggu timeline pembangunan ECRL.
Dalam masa sama, beliau turut umum kerajaan Persekutuan peruntukkan RM40.81 juta dalam tempoh 5 tahun untuk menyokong 8 laluan bas di bawah program SBST Kuala Terengganu. Sejak BAS.MY diperluas Februari lalu daripada 4 ke 8 laluan, purata jumlah penumpang bulanan melonjak ke 24,000 orang sehingga Ogos 2025. – The Star
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?