Berita

Video Polis Florida Tumbuk Lelaki Kulit Hitam Undang Kecaman Meluas

Sebuah video tular memaparkan seorang pegawai polis di Florida memecahkan tingkap sebuah kenderaan dan menumbuk seorang lelaki kulit hitam ketika sekatan jalan raya, mencetuskan kemarahan di seluruh Amerika Syarikat (AS) serta menarik perhatian antarabangsa terhadap isu keganasan polis dan pelanggaran hak asasi manusia. Rakaman video yang dimuat naik oleh mangsa, William McNeil Jr., menunjukkan dia […]

Mekanik Maut Dihimpit Kereta Ketika Lakukan Penyelenggaraan

Seorang lelaki berusia 22 tahun maut selepas dihempap sebuah kenderaan ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di sebuah bengkel di Miri, hari ini. Menurut pihak bomba, mangsa dikenali sebagai Jacky Huang Nai Kuei ditemui tersepit di bawah sebuah Toyota Hilux di dalam bengkel berkenaan. Pasukan penyelamat kemudiannya menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkan mayat kepada […]

Disangka Bergurau, Lelaki Hilang Selepas Kereta Ditemui Dalam Sungai

Kehilangan seorang lelaki selepas kenderaannya ditemui terjunam ke dalam Sungai Tui, Jalan Bukit Kepong di sini petang semalam pada mulanya dianggap gurauan oleh ahli keluarga. Mangsa, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, yang dikenali sebagai pempengaruh dalam dunia permotoran, dilaporkan hilang selepas kereta Perodua Axia dipandunya ditemui tenggelam di dasar sungai tanpa kelibatnya di dalam kenderaan […]

Dua Warga China Maut, Seorang Cedera Dalam Kemalangan Di Lebuhraya PLUS

Dua lelaki warganegara China maut manakala seorang pemandu tempatan cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kilometer 316.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 8.53 malam. “Kemalangan melibatkan sebuah Toyota […]

China Perkenal Kereta Api Maglev Berkelajuan 600 km/j, Guna Teknologi Magnet Suhu Tinggi

China terus mengorak langkah dalam inovasi pengangkutan apabila memperkenalkan prototaip terbaharu kereta api terapung magnetik (Maglev) yang mampu mencapai kelajuan sehingga 600 kilometer sejam. Kenderaan berteknologi tinggi itu dipamerkan oleh CRRC Changchun Railway Vehicles sempena Kongres Kereta Api Berkelajuan Tinggi Sedunia ke-12 yang berlangsung di Beijing dari 8 hingga 11 Julai lalu, menurut laporan Sputnik/RIA […]

Rel Troli Era Perang Dunia Kedua Ditemui Di Fort Cornwallis

Satu penemuan bersejarah berlaku di Fort Cornwallis apabila rel troli dipercayai tinggalan sistem pengangkutan era Perang Dunia Kedua ditemui tertanam berhampiran kawasan berkenaan pada 26 Jun lalu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata penemuan rel sepanjang 7.4 meter itu berlaku ketika kerja menaik taraf laluan pejalan kaki dan landskap di Jalan Tun Syed […]

Bekas Pengurus Pengangkutan Didakwa Terima Rasuah Lebih RM400,000

Seorang bekas ketua pengurusan pengangkutan syarikat cari gali minyak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 12 pertuduhan menerima rasuah melebihi RM400,000 antara 2021 hingga 2023. Mohd Khairil Mohd Anuar, 41, didakwa menerima wang tunai RM367,000, barangan elektronik bernilai RM36,168 dan RM23,000 untuk pembaikan rumahnya di Hulu Langat daripada dua individu sebagai balasan memberi ulasan […]

Drift Di Parkir Stadium Batu Kawan, Pempengaruh TikTok Dicekup Polis

Seorang pempengaruh TikTok ditahan polis selepas dipercayai melakukan aksi berbahaya dengan memandu secara “drift” di kawasan parkir Stadium Batu Kawan, tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Jay January Siowou berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.20 tengah malam oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat […]

Ejen Tarik Kereta Ditahan, Halang Laluan di Lebuhraya Utara-Selatan

Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian menghalang laluan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pedas-Linggi, telah ditahan pihak polis. Menurut siasatan awal, individu terbabit merupakan seorang ejen penarik kereta dan tindakan menghentikan kenderaan itu dipercayai bertujuan untuk menarik sebuah kereta lain. “Tindakan mereka hanya berlaku dalam tempoh yang […]

Dua Lelaki Maut, Pacuan Empat Roda Rempuh Belakang Lori di Lebuhraya PLUS

Dua lelaki maut dalam satu kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda yang merempuh belakang sebuah lori lima tan di Kilometer 253 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, awal pagi Rabu. Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.51 pagi. Susulan […]

Pilih Jenama Kereta

© 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD