Dua Pelajar Tingkatan Lima Maut Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Di Temerloh
TEMERLOH – Dua pelajar sekolah berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 119, Jalan Kuala Lumpur–Kuantan, pada malam Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron […]






















