Tragedi Di Ipoh: Suami Maut, Isteri Cedera Ringan Dalam Kemalangan
Seorang lelaki berusia 55 tahun maut manakala isterinya cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Jalan Sultan Idris Shah, pagi tadi. Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 8.06 pagi. “Kemalangan melibatkan sebuah Toyota Corolla Altis […]





















