GWM Malaysia

GWM Tank 500 HEV vs Toyota LC300 vs Mercedes-Benz GLC – Siapa Paling Berbaloi?

Dalam dunia SUV hari ini, memang banyak pilihan sampai kadang-kadang susah nak pilih yang betul-betul sesuai. Ada yang fokus betul-betul pada ketahanan off-road, ada yang lebih fokus pada gaya dan kemewahan, dan ada juga yang cuba gabungkan kedua-duanya. Toyota Land Cruiser LC300, contohnya, memang sinonim dengan kelasakan dan off-road tetapi keselesaan bukanlah kekuatan utamanya. Mercedes-Benz […]

GWM Haval H6 HEV Kini Hadir dengan Pilihan Warna Dalaman Baharu, Phantom Black

GWM Malaysia telah memperkenalkan varian baharu untuk model Haval H6 HEV, yang kini hadir dengan rekaan dalaman baharu berwarna Phantom Black yang lebih bergaya. Penambahan warna dalaman hitam ini memberikan sentuhan premium dan sporty pada model ini, menjadikannya lebih menarik kepada pemandu Malaysia. Ia juga menambah variasi pilihan dalaman sedia ada, memberi lebih kebebasan kepada […]

Roslan Abdullah Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Operasi Baharu GWM Malaysia

Great Wall Motor Sales Malaysia Sdn Bhd (GWM Malaysia) terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh kedudukannya di pasaran tempatan dengan mengumumkan pelantikan Roslan Abdullah sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu syarikat. Menurut kenyataan rasmi GWM Malaysia, pelantikan Roslan dilihat sebagai langkah strategik yang dijangka membawa transformasi besar terhadap arah operasi dan strategi jangka panjang syarikat […]

GWM Malaysia Lancar Pusat 3S Baru di Melaka

GWM Malaysia dengan bangganya mengumumkan pembukaan bilik pameran terbarunya di Melaka, sebagai bukti komitmen kukuh jenama ini untuk mengembangkan kehadirannya di seluruh negara serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada pembeli kereta di kawasan selatan. Bilik pameran ini terletak di 2A, Jalan Malim Jaya 2/1, Taman Malim Permai, 75250 Melaka. Ia meliputi keluasan 3,949 kaki persegi dan […]

GWM Tank 500 HEV Bakal Dilancarkan di Malaysia Autoshow 2025 – Anggaran Harga RM350k

GWM Malaysia bakal melancarkan secara rasmi GWM Tank 500 HEV, yang sangat dinanti-nantikan di Malaysia Autoshow 2025 pada 8 Mei 2025. Menurut Encik Cui Anqi, Pengarah Urusan GWM Malaysia, pelancaran Tank 500 HEV merupakan detik yang menggembirakan bagi jenama tersebut. Beliau berkata para pengunjung autoshow boleh melihat kelebihan GWM dalam teknologi hibrid, rekaan bergaya, dan […]

Tempahan Bagi GWM Tank 500 Telah Dibuka di Malaysia – Jangkaan Harga RM350,000

Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah membuka tempahan untuk model SUV off-road mewah 7-tempat duduk mereka iaitu Tank 500 dan dijangka akan dilancarkan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Turut didedahkan adalah anggaran harganya adalah di bawah RM350,000. Model ini berukuran 5,078 mm panjang, 1,934 mm lebar, 1,905 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,850 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di […]

GWM Catat Rekod 500 Unit Penghantaran Tank 300 kepada Pelanggan

GWM Malaysia dengan bangga mengumumkan penghantaran unit ke-500 GWM Tank 300. SUV off-road ini, yang sudah laris di China, dengan pantas menarik minat pemandu Malaysia kerana reka bentuknya yang kukuh, teknologi canggih, dan prestasi luar biasa. Ia sesuai untuk pencinta pengembaraan serta pemandu di bandar. Kejayaan ini menunjukkan permintaan yang semakin meningkat untuk GWM Tank […]

Jumlah Jualan Kenderaan Elektrik (EV) pada Januari 2025 – Proton e.MAS7 Juara, BYD Kekal Dominan

Sebelum ini, kita sudah melihat jumlah jualan keseluruhan kenderaan mengikut jenama pada tahun 2024. Kali ini, kita akan melihat senarai 10 model kenderaan elektrik (EV) terlaris di Malaysia berdasarkan jumlah jualan pada Januari 2025 sahaja. Berdasarkan data dari data.gov.my, kedudukan pertama diduduki oleh model dan jenama baharu iaitu Proton e.MAS7 dengan jumlah jualan sebanyak 421 […]

Jenama China Semakin Mendominasi Pasaran Automotif Malaysia?

Jenama automotif dari China seperti Chery, Jaecoo, BYD, GWM dan lain-lain lagi semakin mendominasi pasaran automotif di Malaysia dan ini telah memberi tekanan ketara kepada Bermaz Auto Bhd (BAuto). Hal ini kerana, pegangan pasaran Mazda di Malaysia sepanjang 2024 menunjukkan penurunan yang ketara. Menurut CGS International, peningkatan sebanyak dua peratus dapat dilihat untuk jumlah keseluruhan […]

200 Unit Pertama Haval H6 HEV Berjaya Dihantar – Lebih 1,500 Tempahan Unit Diterima GWM Malaysia

Kurang dari sebulan sejak dilancarkan, Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah berjaya menyerahkan 200 unit model GWM Haval H6 HEV, model pemasangan tempatan (CKD) pertama mereka kepada pelanggan yang menempah. Menurut syarikat itu lagi, tempahan untuk SUV hibrid ini juga telah melebihi 1,500 unit dan sedang menunggu untuk dihantar kepada pelanggan. Model ini kini telah […]

Pilih Jenama Kereta

© 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD