Proton e.MAS 5 Rasmi Dilancarkan di Malaysia – Rebat RM3k, Harga Bermula RM57k – RM70k
Anak syarikat kepada Proton, Proton e.MAS, telah melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik (EV) kedua mereka, Proton e.MAS 5, hari ini ke dalam pasaran Malaysia. 2 varian akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan harga bermula RM59,800 untuk varian Prime dan RM72,800 untuk varian Premium. Model ini berukuran 4,135 mm panjang, 1,805 mm lebar, 1,580 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,650 mm. Ruang kabinnya tetap luas, ditambah […]



















