NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Proton e.MAS

Proton e.MAS 7 Kekal EV No.1 Malaysia 8 Bulan Berturut – Kini Sedia Dipasang Secara Tempatan

Proton e.MAS 7 Kekal EV No.1 Malaysia 8 Bulan Berturut – Kini Sedia Dipasang Secara Tempatan

PROTON New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) sekali lagi mencatat sejarah apabila Proton e.MAS 7 diumumkan sebagai kenderaan elektrik (EV) No.1 di Malaysia bagi Ogos 2025. Sejak 1 Januari hingga 31 Ogos, jumlah penghantaran terkumpul sudah mencecah 5,811 unit yang terdiri daripada 5,455 unit jualan tempatan dan 356 unit eksport ke empat pasaran antarabangsa. Dengan […]

Proton e.MAS 5 Curi Perhatian di Utara, Jelajah MISI 5 Kini Bergerak ke Pantai Timur

Proton e.MAS 5 Curi Perhatian di Utara, Jelajah MISI 5 Kini Bergerak ke Pantai Timur

PRO-NET telah menamatkan siri jelajah MISI 5 di zon Utara dengan sambutan hangat daripada orang ramai di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Jelajah yang berlangsung dari 22 hingga 24 Ogos itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melihat lebih dekat Proton e.MAS 5 sebelum pelancarannya yang dijadualkan pada Oktober ini. Selain dipamerkan di bilik pameran, […]

Proton e.MAS 5 Curi Tumpuan Rakyat di Sambutan Hari Kebangsaan

Proton e.MAS 5 Curi Tumpuan Rakyat di Sambutan Hari Kebangsaan

Malaysia melakar sejarah baharu dalam perjalanan menuju mobiliti hijau apabila Proton e.MAS 5 dipertontonkan buat kali pertama di perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya. Kemunculannya turut disertai konvoi 12 unit e.MAS 7 yang dipandu pemilik sebenar, menandakan penerimaan EV yang semakin berkembang dalam kalangan rakyat Malaysia. Dibalut dengan stiker penyamaran berinspirasi semangat dan kemajuan Malaysia sejak […]

Pro-Net Kerjasama Bersama MOT – Serah Proton e.MAS 7, smart #1 dan smart #3

Pro-Net Kerjasama Bersama MOT – Serah Proton e.MAS 7, smart #1 dan smart #3

PRO-NET, pengedar rasmi Proton e.MAS dan smart Malaysia, telah menyerahkan secara rasmi beberapa unit kenderaan elektrik (EV) kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). Langkah ini selaras dengan pelan Low Carbon Mobility Blueprint (LCMB) 2021–2030 dan membuktikan komitmen PRO-NET dalam menyokong peralihan negara ke arah mobiliti mampan. Majlis penyerahan yang berlangsung di ibu pejabat MOT, Putrajaya itu […]

4,959 Unit Terjual, Proton e.MAS 7 Catat Tempahan Bulanan Tertinggi Sejak Pelancaran

4,959 Unit Terjual, Proton e.MAS 7 Catat Tempahan Bulanan Tertinggi Sejak Pelancaran

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, mengumumkan bahawa Proton e.MAS 7 terus memegang takhta sebagai kereta elektrik (EV) nombor satu di Malaysia untuk bulan ketujuh berturut-turut, dengan jualan dan tempahan yang kekal kukuh sejak dilancarkan. Sehingga 31 Julai 2025, sebanyak 4,959 unit telah diserahkan kepada pelanggan di mana 4,689 unit di […]

PRO-NET Lancar Jelajah MISI 5 – Perkenal Proton e.MAS 5 ke Seluruh Negara

PRO-NET Lancar Jelajah MISI 5 – Perkenal Proton e.MAS 5 ke Seluruh Negara

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat kepada Proton, hari ini telah melancarkan secara rasmi MISI 5 Tour, iaitu jelajah seluruh negara bagi memperkenalkan model kedua dalam barisan kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS. Proton e.MAS 5, adik kepada Proton e.MAS 7, akan menjelajah ke lima wilayah utama bermula Ogos hingga Oktober 2025. Jelajah […]

PRO-NET dan AMTEL Cellular Jalin Kerjasama untuk Urus Pelupusan Bateri EV Secara Lestari

PRO-NET dan AMTEL Cellular Jalin Kerjasama untuk Urus Pelupusan Bateri EV Secara Lestari

Proton New Energy Technology (PRO-NET) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan AMTEL Cellular Sdn Bhd untuk menguruskan pengangkutan, pembongkaran dan pelupusan bateri kenderaan elektrik (EV) secara selamat dan teratur. Kerjasama ini akan memanfaatkan kepakaran AMTEL dalam memanjangkan jangka hayat bateri EV dan menyokong ekonomi kitar semula dengan mengitar semula bahan berharga dari bateri untuk digunakan […]

Proton e.MAS7 Versi Kemaskini – Apple CarPlay, Warna Luaran Hitam, Dalaman Putih, Pakej Jualan Baharu

Proton e.MAS7 Versi Kemaskini – Apple CarPlay, Warna Luaran Hitam, Dalaman Putih, Pakej Jualan Baharu

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) telah memperkenalkan versi kemaskini bagi Proton e.MAS 7, kenderaan elektrik paling laris di Malaysia. Model ini kini hadir dengan pilihan warna baharu (luaran dan dalaman), ciri pintar yang dinaik taraf melalui kemas kini over-the-air (OTA) terkini, serta dasar jualan baharu yang menjadikan pemilikan EV lebih berbaloi. Proton e.MAS […]

Proton e.MAS 7 Jelajah Lebih 10,000 km Merentasi 9 Buah Negara ASEAN

Proton e.MAS 7 Jelajah Lebih 10,000 km Merentasi 9 Buah Negara ASEAN

Proton e.MAS 7 telah berjaya menamatkan perjalanan bersejarah sejauh 10,432 kilometer merentasi 9 negara ASEAN dalam program ASEAN Unity Drive 2025. Perjalanan selama 22 hari ini, yang dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), telah diselesaikan dengan selamat tanpa sebarang insiden. Sebagai model EV nombor satu di Malaysia, Proton e.MAS 7 menunjukkan kehebatannya […]

2,716 Unit Proton e.MAS 7 Berjaya Dihantar pada Pelanggan – Satu Unit Terjual Setiap Jam

2,716 Unit Proton e.MAS 7 Berjaya Dihantar pada Pelanggan – Satu Unit Terjual Setiap Jam

Dalam tempoh empat bulan sahaja, PRO-NET telah berjaya menghantar 2,716 unit Proton e.MAS 7 kepada pelanggan di Malaysia dan pasaran luar negara. Sejak Januari 2025, kira-kira satu unit terjual setiap jam. Pada bulan April 2025 sahaja, sebanyak 863 unit telah dihantar. SUV elektrik sepenuhnya ini kekal sebagai kenderaan elektrik paling laris di Malaysia dengan pegangan […]

Pilih Jenama Kereta

2.7 Million+ Followers & Readers
© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
Privacy Policy Cookie Policy