Kemalangan

Mekanik Maut Dihimpit Kereta Ketika Lakukan Penyelenggaraan

Mekanik Maut Dihimpit Kereta Ketika Lakukan Penyelenggaraan

Seorang lelaki berusia 22 tahun maut selepas dihempap sebuah kenderaan ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di sebuah bengkel di Miri, hari ini. Menurut pihak bomba, mangsa dikenali sebagai Jacky Huang Nai Kuei ditemui tersepit di bawah sebuah Toyota Hilux di dalam bengkel berkenaan. Pasukan penyelamat kemudiannya menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkan mayat kepada […]

Dua Warga China Maut, Seorang Cedera Dalam Kemalangan Di Lebuhraya PLUS

Dua Warga China Maut, Seorang Cedera Dalam Kemalangan Di Lebuhraya PLUS

Dua lelaki warganegara China maut manakala seorang pemandu tempatan cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kilometer 316.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 8.53 malam. “Kemalangan melibatkan sebuah Toyota […]

Dua Maut, 16 Cedera dalam Nahas Bas dan Dua Lori di Lebuhraya PLUS

Dua Maut, 16 Cedera dalam Nahas Bas dan Dua Lori di Lebuhraya PLUS

Dua lelaki maut manakala 16 lagi cedera selepas sebuah bas persiaran yang membawa 46 penumpang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Kilometer 80.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi Khamis. Menurut kenyataan Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II Md Isa Masngun, kejadian melibatkan sebuah lori […]

Dua Lelaki Maut, Pacuan Empat Roda Rempuh Belakang Lori di Lebuhraya PLUS

Dua Lelaki Maut, Pacuan Empat Roda Rempuh Belakang Lori di Lebuhraya PLUS

Dua lelaki maut dalam satu kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda yang merempuh belakang sebuah lori lima tan di Kilometer 253 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, awal pagi Rabu. Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.51 pagi. Susulan […]

Lelaki Maut Selepas Kereta Dipandu Hilang Kawalan dan Rempuh Dua Kenderaan Parkir

Lelaki Maut Selepas Kereta Dipandu Hilang Kawalan dan Rempuh Dua Kenderaan Parkir

Seorang lelaki berusia 46 tahun maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh dua kenderaan yang sedang diparkir di Jalan Teratai, Felda Bukit Aping Barat, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 10.25 malam hasil maklumat orang awam. “Siasatan awal […]

Suami Isteri Maut, Tiga Anak Cedera Parah Dalam Kemalangan Ngeri

Suami Isteri Maut, Tiga Anak Cedera Parah Dalam Kemalangan Ngeri

Mangsa yang maut dikenali sebagai Jamal Azizul Samat, 44, dan isterinya, Lizawati Abdullah, 41, berasal dari Felda Chini Timur, manakala tiga anak mereka cedera parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kuantan – Segamat berhampiran Kampung Batu Lapan, Lepar, malam tadi. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi […]

Tersilap Tekan Minyak, Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat Tiga

Tersilap Tekan Minyak, Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat Tiga

Seorang pekerja pencuci kereta warga Afghanistan cedera parah selepas kereta yang dipandunya terjunam dari tingkat tiga kawasan parkir di Bangunan OUG Park Lane, Jalan Klang Lama. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, kejadian berlaku sekitar jam 5.38 petang ketika mangsa berusia 23 tahun sedang memandu […]

Kemalangan di Cameron Highlands: Pemandu Diserang Sawan Rempuh Empat Pejalan Kaki

Kemalangan di Cameron Highlands: Pemandu Diserang Sawan Rempuh Empat Pejalan Kaki

Empat pejalan kaki termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki dipercayai diserang sawan di Kilometer 68, Jalan Kea Farm–Brinchang, tengah hari semalam. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari apabila pemandu berusia 22 tahun itu hilang kawalan lalu terbabas ke […]

Dua Maut Dalam Nahas Tiga Treler di Lebuhraya Utara-Selatan

Dua Maut Dalam Nahas Tiga Treler di Lebuhraya Utara-Selatan

Dua lelaki maut dalam satu kemalangan tragis melibatkan tiga buah treler di Kilometer 81.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai R. Pubalan, 45, pemandu treler membawa muatan barangan elektronik, dan kelindannya R. Sivasanthiran, 35. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi akibat […]

Pemandu Langgar Dua Remaja Hingga Maut Direman Seminggu

Pemandu Langgar Dua Remaja Hingga Maut Direman Seminggu

Seorang pemandu kereta yang dipercayai terlibat dalam nahas maut sehingga meragut nyawa dua remaja perempuan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengku Ismail, direman selama tujuh hari. Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan, memaklumkan bahawa lelaki berusia 38 tahun yang berasal dari Kepong, Kuala Lumpur itu mula ditahan hari ini hingga 18 Jun bagi membantu […]

Pilih Jenama Kereta

© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD