Proton X70 2025 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM98,800 – RM126,800
Syarikat pengeluar kereta nasional, Proton, telah melancarkan Proton X70 2025 hari ini secara rasmi ke dalam pasaran Malaysia dan mengumumkan harga rasmi iaitu bermula dari RM 98,800 untuk varian Standard, RM110,800 untuk varian Executive, RM123,800 untuk varian Premium dan RM126,800 untuk varian Premium X. Model ini berukuran 4,526 mm panjang, 1,831 mm lebar dan 1,694 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,670 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 515 liter. […]























