NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

AUTOMOTIF

Proton Catat Rekod Lebih 5 Juta Unit Pengeluaran dari 1983 dengan Proton X90 Flagship

Proton Catat Rekod Lebih 5 Juta Unit Pengeluaran dari 1983 dengan Proton X90 Flagship

Proton telah mengumumkan bahawa mereka telah mencatat rekod lebih dari 5 juta unit pengeluaran sejak dari tahun 1983 iaitu selama 41 tahun jenama mereka ditubuhkan di Malaysia. Pencapaian yang membanggakan ini diraikan dengan unit yang ke 5 juta iaitu Proton X90 varian Flagship yang didedahkan semasa ulangtahun ke-50 hubungan diplomatik di antara Malaysia dan China. […]

Zeekr X Dikesan di Klang, Selangor – Bakal Keluar Tak Lama Lagi?

Zeekr X Dikesan di Klang, Selangor – Bakal Keluar Tak Lama Lagi?

Seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Zhi Sheng telah memuat naik 2 keping gambar baru-baru ini yang menunjukkan penemuannya di Klang, Selangor bersama dengan sebuah kenderaan yang akan dilancarkan tak lama lagi di Malaysia iaitu Zeekr X. Pada awal bulan Jun, Zeekr telah mengadakan pratonton eksklusif dan menandatangani perjanjian bersama dengan syarikat Sentinel Automotive […]

Chery Malaysia Rasmi Pembukaan Kilang CKD Pertama di Shah Alam

Chery Malaysia Rasmi Pembukaan Kilang CKD Pertama di Shah Alam

­Chery Auto Malaysia Sdn Bhd hari ini secara rasmi telah melancarkan pembukaan Kilang Korporat Malaysia Chery yang pertama di rantau ASEAN di Shah Alam untuk mengeluarkan SUV off-road premium dari Jaecoo iaitu J7. “Malaysia ialah sebuah pasaran yang sangat penting bagi Chery. Wawasan kami bagi pasaran Malaysia ialah untuk melangkah maju seiring rakan-rakan tempatan dan […]

Auto Bavaria Perkenal BMW 520i 2024 & BMW i5 Edisi Terhad – Harga Asas dari RM333,000 & RM450,000

Auto Bavaria Perkenal BMW 520i 2024 & BMW i5 Edisi Terhad – Harga Asas dari RM333,000 & RM450,000

Auto Bavaria dengan bangga telah memperkenalkan BMW 520i serba baharu 2024 dan BMW i5 Edisi Terhad dengan kelengkapan M Performance BMW di Malaysia. Bagi BMW 520i 2024, ia didatangkan dengan enjin B48 2.8 liter pengecas turbo empat-silinder sebaris petrol dengan penjana kuasa hibrid ringkas yang mampu menjana kuasa sebanyak 208 Hp dan 308 Nm tork. […]

Proton Keluar Kenyataan Maaf – Silap Label Negeri Sabah dan Sarawak dalam Slaid Pembentangan

Proton Keluar Kenyataan Maaf – Silap Label Negeri Sabah dan Sarawak dalam Slaid Pembentangan

Susulan dengan pengenalan nama dan logo baharu bagi Proton e.MAS semalam, Proton telah membuat silap di mana mereka salah melabel kedudukan negeri Sabah dan Sarawak dalam salah satu slaid pembentangan mereka semalam. Seorang pengguna di Facebook telah memuat naik status menggambarkan perasaan kecewa dan sedih akan kesilapan yang dilakukan oleh Proton itu. Mengakui silap mereka, […]

Proton e.MAS Jangka Lancar 5 Model EV Akan Datang

Proton e.MAS Jangka Lancar 5 Model EV Akan Datang

Susulan dengan pelancaran nama dan logo baharu bagi jenama pengeluar kenderaan elektrik (EV) di bawah Proton, syarikat pengeluar kereta nasional itu turut merancang untuk mengeluarkan 5 model EV menggunakan platform Global Modular Architecture (GMA) di bawah Proton e.MAS. Memetik dari kenyataan Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah, model EV pertama dari Proton e.MAS […]

Logo & Nama Jenama EV Proton Diperkenalkan: Proton e.MAS, Bakal Lancar Tak Lama Lagi

Logo & Nama Jenama EV Proton Diperkenalkan: Proton e.MAS, Bakal Lancar Tak Lama Lagi

Syarikat pembuat kereta nasional, Proton, telah mendedahkan logo dan nama bagi jenama kenderaan elektrik (EV) pertama mereka hari ini. Diberi nama sebagai Proton e.MAS, “e” bermaksud electrifying manakala “MAS” memberi maksud Malaysia. Bagi logo pula, ia masih menggunakan figura kepala harimau seperti logo rasmi Proton cuma ia diubah sedikit menjadi tidak berkurung dalam bentuk 2D […]

BAIC X55 dan BJ40 Plus akan Dilancarkan Bulan Hadapan – Penghantaran Pertama selepas Pelancaran

BAIC X55 dan BJ40 Plus akan Dilancarkan Bulan Hadapan – Penghantaran Pertama selepas Pelancaran

Beijing Automotive Group (BAIC) baru-baru ini telah memperlihatkan SUV X55 dan BJ40 Plus dan mengumumkan bahawa harga rasmi bagi model-model ini akan diumumkan pada bulan hadapan. Penghantaran pertama akan bermula tidak lama selepas itu. Kenderaan ini akan diimport sepenuhnya (CBU) dari China kerana pemasangan tempatan di kilang EP Manufacturing (EPMB) di Melaka dijadualkan akan bermula […]

UMW Toyota Rekod Sebanyak 8,422 Unit Jualan pada Mei – Angka Jualan 2024 Kini Mencecah 39,211 Unit

UMW Toyota Rekod Sebanyak 8,422 Unit Jualan pada Mei – Angka Jualan 2024 Kini Mencecah 39,211 Unit

Prestasi jualan bulan Mei telah diumumkan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd dengan penjualannya mencapai sebanyak 8,422 unit termasuk dari jenama Lexus. “Prestasi baik sepanjang bulan Mei mencerminkan kesungguhan kami untuk memberikan perkhidmatan dan produk cemerlang yang memenuhi keperluan pelanggan kami. Kejayaan program komuniti juga memperkukuh kesungguhan kami terhadap kemapanan alam sekitar serta tanggungjawab sosial, sekaligus […]

Kia EV9 2024 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Kini Dipamerkan di The Exchange TRX, KL

Kia EV9 2024 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Kini Dipamerkan di The Exchange TRX, KL

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd telah melancarkan sebuah model Kia EV9 2024 dan mengumumkan harga rasmi di The Exchange TRX. Dua varian telah ditawarkan bagi model ini iaitu GT Line enam-tempat duduk dan GT Line tujuh-tempat duduk. Ia didatangkan dengan spesifikasi dwi motor elektrik yang menyalurkan kuasa ke gandar hadapan dan belakang dan transmisi e-Shift yang mampu menghasilkan kuasa 380 Hp dan 700 Nm […]

Pilih Jenama Kereta

2.7 Million+ Followers & Readers
© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
Privacy Policy Cookie Policy