Dua Maut, 16 Cedera dalam Nahas Bas dan Dua Lori di Lebuhraya PLUS
Dua lelaki maut manakala 16 lagi cedera selepas sebuah bas persiaran yang membawa 46 penumpang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Kilometer 80.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi Khamis. Menurut kenyataan Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II Md Isa Masngun, kejadian melibatkan sebuah lori […]





















