NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

TERKINI

Rumah dan Kereta Musnah Dalam Kebakaran Ketika Berbuka Puasa

Rumah dan Kereta Musnah Dalam Kebakaran Ketika Berbuka Puasa

Langkawi: Sebuah rumah bersama sebuah kenderaan mengalami kerosakan teruk dalam kejadian kebakaran yang berlaku sejurus waktu berbuka puasa pada hari pertama Ramadan di Kuarters Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra, Padang Matsirat, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban. Ketua Zon 4 Jabatan Bomba […]

MBSA Kenal Pasti 15 Pokok Berisiko Selepas Insiden Pokok Tumbang di Shah Alam

MBSA Kenal Pasti 15 Pokok Berisiko Selepas Insiden Pokok Tumbang di Shah Alam

SHAH ALAM – Susulan kejadian pokok tumbang yang menyebabkan dua pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) cedera minggu lalu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengenal pasti 15 pokok di Persiaran Tun Arshad Ayub sebagai berisiko tinggi. Pokok-pokok tersebut yang dianggarkan berusia sekitar 30 tahun dikenal pasti selepas pemeriksaan dijalankan oleh pihak MBSA bersama pakar arboris yang […]

Lebuhraya WCE Diramal Catat Lonjakan Trafik Sehingga Ahad Ini

Lebuhraya WCE Diramal Catat Lonjakan Trafik Sehingga Ahad Ini

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dijangka merekodkan peningkatan jumlah kenderaan bermula esok hingga Ahad, dengan anggaran melebihi 160,000 kenderaan sehari menggunakan laluan berkenaan. Peningkatan ini susulan berakhirnya Sambutan Tahun Baharu Cina, tamatnya cuti persekolahan serta ketibaan awal Ramadan. Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Strategik & Libat Urus WCE, Syed Mohammed Idid, memaklumkan jumlah trafik harian berpotensi […]

Dua Pemain Ski Terkorban, Seorang Cedera Parah Dalam Runtuhan Salji di Itali

Dua Pemain Ski Terkorban, Seorang Cedera Parah Dalam Runtuhan Salji di Itali

ROME – Dua pemain ski dilaporkan maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah selepas runtuhan salji melanda kawasan cerun berhampiran Courmayeur, Itali. Menurut Perkhidmatan Penyelamat Alpine Kebangsaan Itali (CNSAS), ketiga-tiga mangsa terdiri daripada seorang wanita dan dua lelaki yang dipercayai warganegara Perancis. Insiden tersebut berlaku di Canale dei Vesses, sebuah lokasi yang terkenal dengan laluan […]

Beberapa Negeri Diramal Dilanda Ribut Petir dan Hujan Lebat Sehingga 1 Tengah Hari

Beberapa Negeri Diramal Dilanda Ribut Petir dan Hujan Lebat Sehingga 1 Tengah Hari

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka membawa hujan lebat serta angin kencang di beberapa kawasan di Pantai Timur dan Malaysia Timur sehingga jam 1 tengah hari. Menurut kenyataan MetMalaysia, di Terengganu, antara daerah yang terlibat ialah Dungun dan Kemaman. Sementara itu, di Pahang, kawasan Kuantan turut berada dalam senarai […]

Maklumat Lokasi Tidak Tepat Punca Kelewatan Ambulans Dalam Kes Kemalangan Maut

Maklumat Lokasi Tidak Tepat Punca Kelewatan Ambulans Dalam Kes Kemalangan Maut

Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) menjelaskan bahawa isu kelewatan ambulans dalam insiden kemalangan yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun minggu lalu adalah disebabkan maklumat lokasi yang tidak tepat semasa panggilan kecemasan dibuat. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, panggilan pertama diterima pada jam 3.05 petang dengan maklumat menyatakan kejadian berlaku di kawasan perumahan Puncak Jelapang, […]

Dua Feri Penumpang Hampir Musnah Dalam Kebakaran Di Dermaga Bukit Malut

Dua Feri Penumpang Hampir Musnah Dalam Kebakaran Di Dermaga Bukit Malut

LANGKAWI – Tiga feri penumpang yang berlabuh di Dermaga Kapal Bukit Malut di sini terlibat dalam satu kejadian kebakaran pada malam tadi, mengakibatkan dua daripadanya rosak teruk. Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.46 malam sebelum jentera digerakkan […]

Paip Bawah Tanah Pecah Dipercayai Punca Gelinciran Tanah Di Jalan Saga 17

Paip Bawah Tanah Pecah Dipercayai Punca Gelinciran Tanah Di Jalan Saga 17

AMPANG JAYA – Kejadian gelinciran tanah yang dilaporkan berlaku di Jalan Saga 17, Taman Bukit Teratai, di sini pada pagi semalam dipercayai berpunca daripada kerosakan paip saliran bawah tanah. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memaklumkan, Timbalan Yang Dipertuanya, Ts Hasrolnizam Shaari telah turun ke lokasi kejadian bagi meninjau keadaan serta memastikan tindakan segera diambil. Menurut […]

Melaka Umum Cuti Khas 1 Ramadan, Nikmati Enam Hari Cuti Berturut-Turut

Melaka Umum Cuti Khas 1 Ramadan, Nikmati Enam Hari Cuti Berturut-Turut

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan cuti khas sempena 1 Ramadan bagi semua penjawat awam negeri ini, yang dijangka jatuh pada 19 Februari depan. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pemberian cuti khas itu sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen dan pengorbanan penjawat awam yang telah bertungkus-lumus melaksanakan pelbagai program serta agenda kerajaan […]

Pilih Jenama Kereta

2.7 Million+ Followers & Readers
© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
Privacy Policy Cookie Policy