NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jumlah Jualan Kenderaan Elektrik (EV) pada Januari 2025 – Proton e.MAS7 Juara, BYD Kekal Dominan

Jumlah Jualan Kenderaan Elektrik (EV) pada Januari 2025 – Proton e.MAS7 Juara, BYD Kekal Dominan

Sebelum ini, kita sudah melihat jumlah jualan keseluruhan kenderaan mengikut jenama pada tahun 2024. Kali ini, kita akan melihat senarai 10 model kenderaan elektrik (EV) terlaris di Malaysia berdasarkan jumlah jualan pada Januari 2025 sahaja.

Berdasarkan data dari data.gov.my, kedudukan pertama diduduki oleh model dan jenama baharu iaitu Proton e.MAS7 dengan jumlah jualan sebanyak 421 unit. Proton e.MAS7 baru sahaja dilancarkan pada 16 Disember lalu dengan harga bermula dari RM110,000 sehingga RM124,000.

Menjelang bulan yang akan datang, jumlah jualan bagi model ini dijangka akan menunjukkan peningkatan lagi dan kami menjangkakan model ini akan kekal lama di dalam senarai 10 EV terlaris di Malaysia.

Seterusnya, telah diraih oleh BYD Sealion 7 dengan jumlah jualan sebanyak 151 unit. Model ini juga telah dilancarkan pada 14 November lalu dengan harga bermula dari RM184,000 sehingga RM200,000. Walaupun hanya kurang dari 2 bulan sahaja, model ini berjaya menjual sebanyak 641 unit keseluruhan pada tahun 2024.

Tempat ke-3 juga dirangkul oleh sebuah lagi model dari BYD iaitu M6. M6 merupakan sebuah MPV 7-tempat duduk yang telah dilancarkan pada 15 Oktober lalu. Dengan harga bermula dari RM110,000 sehingga RM124,000, model ini berjaya menjual sebanyak 136 unit pada Januari 2025 dan 566 unit keseluruhan pada tahun 2024.

Mengekalkan gelaran sebagai jenama EV paling laris di Malaysia, sebuah lagi model dari BYD berada di tempat ke-4 iaitu SUV Atto 3. Dengan jumlah jualan sebanyak 104 unit pada Januari 2025, model ini merupakan EV paling laris di Malaysia pada tahun 2024 dengan keseluruhan jumlah sebanyak 2,969 unit.

Tempat ke-5 dipegang oleh model BMW i5 dengan jumlah jualan sebanyak 103 unit pada Januari 2025. Model ini telah dilancarkan pada 4 November lalu pada harga bermula dari RM420,000. Ia seterusnya disambung dengan BYD Seal dengan jumlah jualan sebanyak 95 unit.

Tempat ke-7 dan ke-8 mempunyai jumlah jualan yang sama iaitu 81 unit dan diraih oleh Xpeng G6 dan Zeekr 009 manakala tempat ke-9 oleh GWM Ora Good Cat/07 sebanyak 43 unit. MG4 berada di tempat ke-10 dengan sebanyak 41 unit.

Kedua-dua model Tesla tidak berada dalam senarai 10 EV terlaris pada Januari 2025, sedangkan Tesla Model 3 dan Tesla Model Y berada di tempat ke-3 dan ke-4 keseluruhan jualan pada tahun 2024.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD